Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 74)

Hijrah ke...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 74)

Hijrah ke Dubai (2)

Lesen penubuhan syarikat saya di DIFC dah selesai. Kami mula sewa sebuah ofis
kecil tak bertingkap di Emirates Tower tingkat 41. Ia berkonsep shared facilities. Oleh kerana Dubai (& dunia) di era kemajuan pesat di tahun2 2006-2008, sewa tinggi gila. Saya & Makhtar berkongsi satu meja mengadap satu sama lain (foto Makhtar dikepilkan). Untuk beroperasi di DIFC, kami kena ada alamat ofis fizikal. Mula rasa bleeding sebab jumlah sewa mahal.

Di hujung bulan Ogos 2008, berlaku krisis subprime di USA. Banyak institusi kewangan di USA tiba2 mempunyai liabiliti kewangan lebih daripada aset mereka. Semua dalam ketakutan. Pada 15 September 2008, Lehman Brothers gagal mendapat bailout dari kerajaan USA. Tanggungan mereka berbilion2. Mereka digulung. Sebuah bank besar dunia lenyap sekelip mata.

Gelombang krisis subprime di USA merebak ke seluruh dunia. (nota: subprime adalah aktiviti memberi pinjamam perumahan kepada rakyat bagi membeli rumah dengan pelbagai galakan & insentif walaupun mereka tidak mempunyai kelayakan kewangan yang kuat & kukuh). Bila berlaku kegagalan pembayaran hutang rumah, seluruh industri kewangan dari pemberi pinjaman, insurans & pengeluar bon terjerat. Dunia lemas. Ini permulaan global financial crisis (GFC)

Dubai pun terkena gelombang GFC. Banyak syarikat di Dubai & di DIFC terpaksa tutup. Ramai pekerja asing meninggalkan Dubai/UAE tanpa membayar hutang bank.

Saya tidak tahu semua ini akan berlaku beberapa minggu sebelum ini. Kalau saya tahu, saya tak jadi buka ofis di Dubai. Akibatnya, syarikat saya tidak mendapat apa2 kontrak selama 2 tahun di Dubai. Menangis air mata berdarah. Hanya dapat satu kontrak bagi satu property fund di Brisbane, Australia. Kontrak sulung.

Harga sewa di tingkat 41 turun sikit. Kami pindah ofis baru bertingkap tapi hanya muat bagi dua orang. (Foto bersama Prof. Madya Dr Zulkifli Hasan yang singgah di ofis Amanie).

Saya minta Hj Makhtar cari dua rumah sewa bagi keluarga kami. Kena dekat dengan mesjid, kedai & sekolah. Saya juga minta tolong uruskan kemasukan sekolah anak2 saya & beliau sendiri. Saya nak fokus bangunkan bisnes di tempat orang. Ahhh...payah.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts